Thursday, August 26, 2010

Selamat Datang Keturunan Adam.

Assalamualaikum..


Pertama sekali terima kasih banyak diucapkan kepada pembaca yang datang bertandang. Hari ini blog Keluarga Adam dibuat atas permintaan keluarga. InsyaAllah, dengan adanya blog ini ia dapat memberi sedikit ruang untuk kita merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.


Ok, apa motif blog ini dibuat? Disini saya senaraikan ok?


Pertama, mulai sekarang, sebarang aktiviti yang berkaitan dengan keluarga Adam bakal dikongsikan di dalam blog ini. Tujuannya, ia memudahkan kita untuk berkongsi cerita, pendapat, serta dapat membuatkan kita rasa lebih dekat lagi antara satu sama lain.


Kedua, sesiapa sahaja yang berketurunan Adam boleh menulis dalam blog ini, nanti saya ajarkan macam mana ye. Sesiapa yang nak menulis dalam blog ini, tapi tak tahu password boleh emailkan kepada saya, dan saya akan beri password kepada kome. Email saya errapazira86@gmail.com.


Yang terakhir, kepada orang-orang lama, boleh share apa kenangan-kenangan atau sejarah silam keluarga Adam kat sini. Segala salasilah keluarga Adam pun boleh dikongsikan di sini supaya ia bakal dijadikan rujukan untuk masa akan datang. Sebarang gambar-gambar kenangan boleh juga di emailkan kepada saya untuk buat tatapan semua.


Ok, itu saja dulu untuk hari ini. Majulah Keluarga Adam sampai bila-bila.


Peace! Ini saja gambar yang saya ada. *Credit to : Ida.

Masa ni semua memang 'style' lah!


Gambar kenangan dulu-dulu.